oleh Dr. Ishak Ramli
Pengaruh SA NU BA RI
Fadli Mokhtar telah menggunakan platfom seni cetak dalam menyampaikan ekspresi kendiri terhadap hal kesunyian jasmani dan kesepian rohani perjalanannya. Nilai Intrinsic Spirituality terpamer dengan jelas dalam wacana tekstual (bait-bait puisi) dan visualnya – diterjemah dan diperjelas secara literal berkaitan faktor yang melibatkan kepercayaan dan tingkah laku yang bergantung kepada motivasi dan secara deskriptif dikaitkan dengan perkara yang dilalui dan dimiliki olehnya. Fadli Mokhtar menggunakan visualnya yang dipilih untuk mewujudkan dan mempamerkan sesuatu perasaan yang intangible melalui bahasa visual yang tangible.
Peluang beliau ke Negara Matahari Terbit telah menjadi titik tolak kepada penghasilan sejumlah karya melalui beberapa siri Pameran Tunggal beliau di Jepun. Fadli percaya dengan tidak mempelajari bahasa dan kebudayaan Jepun menyebabkan beliau memiliki peluang untuk terus mempercayai apa yang dipercayainya; dan menjadi diri sendiri; tanpa terpengaruh dengan budaya yang dianggap sukar untuk diadun dalam kehidupannya. Oleh kerana itulah menyebabkan beliau tidak perlu patuh kepada kebudayaan dan kepercayaan setempat dalam kehidupan seharian mereka; ketika beliau disana. Menjadi satu kelebihan untuk perantau seperti Fadli untuk dilayani dengan lebih istimewa kerana dirinya tidak ter‘asimilasi’ dengan budaya dan kehidupan seharian masyarakat Jepun.
Jelas sekali, refleksi kendiri yang diketengahkan Fadli Mokhtar merupakan sebuah gejolak kerohanian yang dilampiaskan diatas terapan dan gosokan kertas yang menzahirkan sebuah kesan jalinan yang dirakam dan dianyam diatas komposisi karyanya. Menterjemah rasa kerohanian beragama melalui visual sangat sukar; tetapi, Fadli terpaksa memilih imajan-imajan yang tangible bagi mewakili indexical code yang dibina olehnya sendiri. Imajan yang tangible itu kerapkali disalah erti; tetapi memberi makna baharu kepada Fadli yang sebenarnya dipengaruhi oleh skema warna, komposisi, monument, ruang, dan sudut pandang orang Jepun. Menterjemah SA NU BA RI adalah sebuah ekspresi kendiri melalui visual yang dipengaruhi oleh sudut pandang pengembara terhadap Bumi Jepun.
Disiplin Seni Cetak Gelanggang ‘Persilatan’ Fadli Mokhtar
Karya-karya dalam SA NU BA RI merupakan kesinambungan psikomotor kreatif beliau terhadap pengaruh besar dalam pengalaman di bumi ‘matahari terbit’ yang dilaluinya. Fadli telah merakam dan/atau ‘menerap’ ulang apa-apa sahaja dipersekitarannya untuk diolah menjadi sebuah komposisi yang penuh dengan nilai ekspresi. Dengan serba kekurangan dan kesukaran untuk mendapatkan keperluan dan kelengkapan seni, Fadli telah menggunakan daya kreativitinya dalam menghasilkan karya-karya beliau. Memang benar kata-kata pujangga – “Poverty is mother of creativity…”.
Dalam mengatur dan merencana penghasilan karya seni cetak pada pameran kali ini, Fadli Mokhtar dilihat sangat bebas dan ‘bahagia’ dalam menyusun tadbir komposisinya. Tidak terikat dengan mana-mana undang-undang ‘registration’ untuk membentuk karyanya. Namun begitu, sesuatu yang harus kita kagumi adalah penghormatan kendiri terhadap disiplin yang dipelajari dan dianuti beliau melalui seni cetak. Fadli Mokhtar sangat ‘setia’ dengan prinsip merakam kesan ‘cerminan’ yang sentiasa menjadi pengetahuan kognitif seniman seni cetak dalam proses psikomotor penghasilan karya. Fadli Mokhtar dilihat sebagai Seniman Seni Cetak Muda Kontemporari yang prolifik - memiliki pola fikir dan daya kerja kreatif yang sangat memahami daerah cetakan konvensional yang sistematik dan melangkau maju ke satu dimensi yang lain. Fadli Mokhtar sangat memahami aktiviti psikomotor dalam cetakan melalui proses ‘pemindahan’ kesan garisan, warna, jalinan, dan apa-apa sahaja – dari satu ‘permukaan’ kepada ‘permukaan’ yang lain (Ramli et al., 2012). Inilah ‘bahasa tubuh seni cetak’ yang menjadi pegangan kepada beliau bagi meraikan posisi beliau sebagai seniman seni cetak.
Karya dalam pameran ini adalah terjemahan kepada kebitaraan Fadli Mokhtar yang telah selesai menjalani pembelajaran seni cetak beliau ketika di ‘sekolah’ dahulu. Dari pembelajaran secara teknikal ketika Diploma di Machang; konsep dan konten ketika Ijazah Sarjana Muda di Shah Alam; dan hinggalah pembelajaran kerja kursus lanjutan beliau ketika Ijazah Sarjana di Jalan Othman; Fadli Mokhtar dilihat telah menguasai setiap sisi bahasa tubuh seni cetak. Menjengah praktis seni cetak yang diamalkan oleh Fadli Mokhtar dalam pameran ini adalah kesinambungan kepada eksplorasi beliau dalam pameran-pameran tunggalnya sebelum ini.
Mengangkat nilai konvensional kepada non-konvensional yang diutarakan Fadli Mokhtar, ianya jelas membawa kepada pergerakan dari rigid sebuah disiplin kepada kebebasan sebagai seorang seniman. Wacana visual pameran kali ini dilihat sebuah tanda yang jelas bahawa seni cetak boleh bergerak secara agresif kehadapan. Membandingkan karya seni cetak Fadli Mokhtar dan ‘manifesto’ seni cetak dalam The Third International Congress of Plastic Arts (1960) di kampung kami – Vienna, Austria; ianya dilihat telah jauh Fadli Mokhtar tinggalkan (dalam beberapa karya) – namun mengekalkan perkara asas dalam pendefinisian seni cetak (dalam 3 karya konvensionalnya). Selepas itu, Kongres 1960 ini telah dilihat semula berkali-kali dan menjelaskan beberapa faktor berdasarkan perkembangan teknologi dan impak besar kepada seniman dan seni cetak. Antara perubahan yang dapat dihimpun berkaitan perihal ‘print’ tersebut sepertimana yang diperjelas oleh Hsieh (n.d.) adalah:
Kongres dan Kesatuan | Perbincangan Seni Cetak |
The Third International Congress of Plastic Arts, Vienna, Austria (1960) | Definisi berkaitan Cetakan Asli atau Original Print: “Proofs either in black or in color, drawn from one or several plates, conceived and executed entirely by hand by the same artist, regardless of the technique employed, with the exclusion of any and all mechanical or photomechanical processes, shall be considered original engravings, prints or lithographs. Only prints meeting such qualifications are entitled to be designated Original Prints.”
“Bukti sama ada dalam hitam atau ber warna, diambil daripada satu atau beberapa plat (blok), diilhamkan dan dihasilkan sepenuhnya dengan tangan oleh artis yang sama, tanpa mengira teknik yang digunakan, dengan mengecualikan mana-mana dan semua proses mekanikal atau fotomekanikal, hendaklah dianggap sebagai ukiran, cetakan atau litograf asli. Hanya cetakan yang memenuhi kelayakan sedemikian layak untuk dinamakan Cetakan Asli.” |
Definisi cetakan juga melibatkan: 1. Seniman perlu melibatkan diri dalam kerja-kerja cetakan secara langsung. 2. Bukti setiap kali perlu membuat edisi terhad, dan nombor siri edisi terhad perlu dicatat pada karya. 3. Setelah selesai membuat bilangan cetakan, artis tidak berhak untuk menggunakan semula plat untuk tujuan lain. 4. Proses percetakan sesuatu cetakan boleh dilakukan secara terus oleh artis atau oleh orang lain. Jika percetakan dilakukan oleh orang lain, namanya hendaklah ditandatangani di sebelah kiri tandatangan seniman seni cetak. 5. Selepas cetakan telah digunakan untuk membuat bilangan cetakan yang dinyatakan, blok atau plate tersebut perlu dimusnahkan. 6. Bukti artis atau artist’s proof ialah 10% dari jumlah cetakan. 7. Salinan yang dihasilkan semula oleh mesin reproduktif tidak boleh dipanggil cetakan asal. | |
International Association formed by Painters, Sculptors and Print Painters, British Council (1963) | Menegaskan bahawa cetakan mesti mempunyai “blok atau plate”: “Artis terbaik membuat rekaan atau design secara peribadi, dan turut mengambil bahagian dalam karya artis lain dan bekerjasama dengannya. Ini dipanggil penciptaan kerjasama.” |
Local Print Committee of France (1965)
| Pengisytiharan cetakan – Selain daripada menggunakan takrif cetakan asal atau original print yang digunakan sebelum ini, jawatankuasa telah memadamkan perkataan ini:
“…with the exclusion of any and all mechanical or photomechanical processes…”
"…dengan mengecualikan mana-mana dan semua proses mekanikal atau fotomekanikal…" |
International Congress of Venice Biennale (Oct. 25, 1991) | Kongres Antarabangsa berpendapat bahawa satu keperluan untuk meningkatkan kreativiti artis, dan mengiktiraf gabungan cetakan dengan teknologi baharu, seperti plat logam, plat fotografi, bahan fotostat, atau teknologi komputer. |
International Congress of Venice Biennale (1996) | Tidak lama selepas itu, terdapat tiga kategori cetakan baru muncul pada tahun 1996: cetakan reproduktif atau reproductive print (electrografia o copigrafia), litografi (grafia off-set) dan cetakan digital. |
Sumber: Hsieh (n.d.) |
Comments